RAHSIA MAIN GOLF

Sunday 8 June 2014

PENGENALAN

Tahun 1971 saya dilahirkan, sekarang kerja utama saya ialah mengusahakan kebun sawit seluas 2.5 ekar (kerja aktif, iaitu kerja keluar peluh). Kerana minat mendalam saya dalam bidang perkomputeran, membuat saya memohon kursus Diploma Sains Komputer di ITM Kuantan padad tahun 1989, iaitu selepas memperolehi SPM tahun 1988.

Kemudian, beberapa bulan kemudian MARA menawarkan kursus A-LEVEL di MSM Kuala Lumpur, pada waktu itu di Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Saya benar benar berbelah bahagi antara meneruskan kursus di ITM tersebut atau menerima tawaran belajar ke United Kingdom. Akhirnya saya memilih mengikuti kusus A-LEVEL, tetapi gagal bersama MARA.

Kemudian saya memilih untuk menduduki peperiksaan A-LEVEL tersebut secara persendirian di Kolej Sunway, Petaling Jaya, Selangor. Sekarang ini digelar Universiti Sunway. Syukur saya berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut dengan 2 matapelajaran utama iaitu Kimia dan Matematik, walaupun dalam kesibukan bekerja di sebuah syarikat IT di Petaling Jaya juga.



Saya mencuba sekali lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan menduduki peperiksaan Engineering Council Part 1 pada tahun 1995, kerana tidak berpuashati dengan hanya memiliki sijil A-LEVEL yang dikatakan hanya setaraf dengan STPM. Tetapi sekiranya dirujuk ke National Qualification Framework In UK, A-LEVEL setaraf dengan diploma. Sila rujuk laman web ini untuk kepastian. http://en.wikipedia.org/wiki/City_and_Guilds_of_London_Institute.
Walaubagaimanapun atas kesibukan kerja sama gagal lulus di dalam peperiksaan tersebut yang setaraf dengan Ijazah. Kemudian pada tahun 1998 saya memilih untuk berhenti kerja makan gaji dan memulakan perniagaan komputer secara kecil kecilan. Diantara cara untuk tambah pendapatan saya telah mencuba pendekatan ini Sila Klik Disini!

No comments:

Post a Comment